Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan larangan untuk kenderaan berat menggunakan jalan raya khususnya lebuh raya selama empat hari sempena sambutan Aidilfitri minggu depan. MOT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, larangan akan dikuatkuasakan pada Khamis dan Jumaat depan iaitu sebelum perayaan serta 24 dan 25 April ini. Katanya, ia selepas mengambilkira jangkaan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan. Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nhs jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini. Had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer sejam (kmj) di seluruh negara,” katanya. Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Jenis kenderaan dilarang bagi empat hari itu itu termasuk lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kilogram (kg), lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor, yang dilarang berada di atas jalan sepanjang masa.
Selain itu, lori yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian lain. Bagi lori kontena mengangkut barangan, lori kargo mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya, dibenarkan berada diatas jalan dan menggunakan lebuh raya dari 12 tengah malam hingga 8 pagi. Turut dibenarkan untuk tempoh itu, lori mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah serta lori kargo tanpa muatan.
Bagi kren bergerak dan lori pembancuh simen pula, ia dibenarkan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 kilometer dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi dibenarkan di atas jalan tertentu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut