Lepas 6 tahun bercinta, Taylor Swift dan pasangan dikatakan dah berpisah

Penyanyi Taylor Swift, 33, dan pasangannya Joe Alwyn, 32, dilaporkan sudah berpisah selepas enam tahun menjalin hubungan cinta. Mereka sudah tidak bersama sejak beberapa minggu lalu malah lebih menguatkan keadaan apabila kelibat Alwyn tidak kelihatan di konsert jelajah Taylor Swift. Menurut laporan etonline perpisahan berlaku secara baik dan tiada sebarang pertengkaran terjadi. Mereka berpisah secara baik, tiada apa yang dramatik berlaku,” menurut sumber rapat penyanyi dan penulis lirik dari Amerika Syarikat itu.

Difahamkan penyanyi lagu Gorgeous ini mula menjalinkan hubungan dengan Alwyn sejak 2016 dan hubungan mereka amat baik sebelum bertemu titik perpisahan. Bahkan mereka berjaya menjalinkan percintaan secara diam-diam sebelum akhirnya diketahui juga oleh peminat. Tahun lalu, pasangan itu dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan secara rahsia dan hanya dikongsi kepada sahabat terdekat sahaja.Taylor dilaporkan merahsiakan hal itu kerana tidak mahu kisah percintaan mereka menjadi perhatian media.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version