Tengah hangat pasal isu rumahtangga Nd Lala dan isteri, kali ni pihak pengurusan minta warganet hormat privasi Shila Amzah

Semalam, pengurus kepada Shila Amzah iaitu Aini memohon maaf bagi pihak penyanyi berkenaan kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan terhadap hantaran dimuat naik ibunya, Fauziah Sarman berhubung gangguan orang ketiga atau penyondol. Kemelut keluarga yang dihadapi penyanyi lagu Beribu Sesalan itu menyebabkan dirinya menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan ulasan lanjut mengenai bapanya yang juga merupakan penyanyi, ND Lala yang dikatakan telah pun berkahwin satu lagi.

Susulan daripada itu, Shila tampil memuat naik satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya, Greyscale Australia yang meminta jasa baik orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkaitan kemelut keluarganya itu. “Greyscale Australia, sebagai pengurusan global eksklusif untuk Shila Amzah, sedar akan spekulasi media mengenai kemelut keluarganya baru-baru ini.” Memandangkan spekulasi itu tidak berkaitan dengan operasi komersial syarikat itu, pendirian kami kekal neutral, kerana ia bukan dalam bidang kuasa kami untuk mengulas perkara sebegini.

Sebagai pengurus dan kawan kepada Shila dan keluarganya, saya menggesa semua orang untuk menghormati privasi mereka. Untuk info, kemelut keluarga Shila Amzah mula menjadi bualan ramai selepas terdapat dakwaan yang mengatakan bapanya, ND Lala sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama rakan baik kepada Shila. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version