Wanita luah rasa terkilan bila beli karipap dekat bazar dapat semua inti yang tak elok

ISU berkaitan makanan yang tidak elok atau basi namun dijual peniaga bazar Ramadan nampaknya semakin menjadi-jadi. Bahkan segelintir para peniaga seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan dihebahkan di media sosial. Begitulah yang cuba disampaikan seorang wanita ini ketika meluahkan rasa terkilan apabila enam biji karipap yang dibelinya busuk dan berkulat. “Kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan, rasanya dah banyak kali viral fasal makanan-makanan yang tak elok.

Dua set karipap dibeli dengan harga RM3.50 sepaket. “Tak sangka harini terkena pada saya juga. Saya beli dua paket karipap tapi kuih tu dah berkulat,” kata Emma Razali dalam hantarannya di Facebook. Perkara itu mula disedari ibu dan kakak Emma apabila karipap dibeli dengan harga RM3.50 sepaket terasa begitu pahit pada gigitan pertama. Pelik dengan rasa asing bagi karipap itu, mereka kemudiannya membuka inti makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan dapat dilihat dengan jelas keadaan inti karipap yang sudah rosak.

“Kulit karipap pun berminyak macam dah banyak kali goreng. Apabila dibuka satu-satu karipapnya, memang semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah! Seumur hidup saya, ini makanan paling teruk yang pernah saya beli. Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat. Emma mengambil gambar lebih dekat menunjukkan bahagian berkulat karipap. “Macam dah tiga hingga empat hari punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula. Bayangkan kalau makanan sampah macam ni dimakan kanak-kanak dan ibu mengandung?,” ujarnya lagi.

Tegas Emma, tujuannya bukanlah untuk mengaibkan mana-mana peniaga dengan membuat hebahan sedemikian. Namun menurutnya sikap segelintir peniaga yang tidak ikhlas dan bertanggungjawab seperti ini boleh menyebabkan pelanggan menanggung sengsara akibat keracunan makanan. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengenakan caj kepada penjual yang menjual makanan tak elok. “Saya memang bukan jenis suka viral macam ni. Tapi bagi saya isu makanan berkulat dijual pada orang ni tahap melampau dan tak boleh diterima akal.

“Saya akan pergi sendiri berjumpa penjual kuih tersebut dan bawa karipap kulat ni untuk dia nilai sendiri tahap kualiti makanan dijual. “Harap akak (peniaga) jangan tutup gerai pula ya!” ujar Emma lagi. Perkara itu turut menjadi kebimbangan warga maya apabila perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Komen warganet. Rata-ratanya turut mengutarakan pendapat mereka tentang sikap peniaga yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan bukannya keselamatan pelanggan. “Makanan rosak seperti ini boleh membawa maut. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengenakan caj kepada penjual yang menjual makanan tak elok.

“Orang kita ni, apabila orang berniaga dia pun nak menjual. Tapi bab soal ikhlas semua tak ambil peduli. Yang mereka tahu nak untung je. Karipap tak habis jual, simpan boleh jual lagi esok lepas tu repeat (jual semula). “Nampak gayanya lepas ni setiap kali beli makanan dekat bazar, kena ambil gambar gerainya sekali. Apa-apa hal jadi senang viralkan gambar gerai terus,” komen warganet. Sumber: MSTAR. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version