Juara Famili Duo musim kedua iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani berkongsi tentang lagu terbaharu duet bersama bapa mereka, Dato’ Jamal Abdillah yang difahamkan bakal dikeluarkan selepas Hari Raya ini. Pasangan adik-beradik ini mendedahkan bahawa berduet bersama bapa mereka adalah impian sejak dulu lagi dan apabila diberikan peluang untuk bergandingan di dalam sebuah lagu sudah semestinya mereka sangat teruja. Lepas raya nanti akan ada lagu duet kami bertiga dengan ayah. Lagu tu tak keluar lagi, tarikh pun belum tahu lagi, masih ada penggambaran sikit lagi untuk muzik video lagu itu.
Perasaan terhadap lagu ini sedih tapi perasaan bila dapat berduet dengan ayah memang seronok. Impian kami tercapai juga. Menurut mereka, lagu tersebut amat memberi kesan terhadap emosi kerana ia adalah sebuah lagu sedih yang menceritakan tentang hubungan ayah dan anak. “Lagu tentang ayah yang jauh, jauh dari anak-anak. Lagu ini lagu sedih, tajuknya Tangan Yang Melambai, ayah yang melambai tangan tu macam itu lah ibaratnya. Adik-beradik ini berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Rusa Music dan MVM Production pada Khamis.
Dalam pada itu, mereka berdua juga memasang impian agar lagu tersebut dapat menembus pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL). “Harap sangat lagu ini dapat ke AJL. Sebab ayah pernah kata, kau buat lagu kau ayah buat lagu ayah nanti kita lawan dekat AJL. Tapi untuk lagu ni kalau ke AJL kita kongsi sekali menang sama-sama. Sebab dia dah banyak kali masuk kami belum berpengalaman lagi. Doakanlah supaya kami dapat bawa lagu ini ke AJL tak menang pun tak apa.
Sementara itu, single pertama mereka, Raikan Kemenangan telah pun dikeluarkan bersempena Hari Raya yang bakal tiba. “Kami telah keluarkan lagu raya iaitu single pertama kami yang akan dikeluarkan bermula 17 April ini. Lagu tu tentang adik-beradik beraya bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.