Meskipun tidak terlibat dalam dunia hiburan, namun, nama adik usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan tetap menjadi perhatian ramai di media sosial kerana sering terpalit dengan kontroversi ‘panas’. Terbaharu, influencer yang berusia 23 tahun itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil memuat naik beberapa gambar di laman Instagramnya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif dan kritikan warganet. Mana tidaknya, ramai meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka Ameera Khan telah berkongsi gambar pakaian dalamnya berwarna merah yang tersidai di pagar besi tanpa berasa segan silu.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa malu terhadap tindakan berani Ameera dan mempersoalkan dimana dia meletakkan maruahnya sebagai seorang wanita. Bukan itu sahaja, netizen juga mengkritik sikap Ameera yang didakwa semakin menjadi-jadi meskipun baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ramai yang menitipkan pesanan buat Ameera supaya menjaga kehormatannya serta air muka keluarga yang turut menerima tempias daripada sikap sendiri. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.