Ramai yang percaya bila tular pasal budak main simulator ada kaitan dengan budak 6 tahun bawa kereta, tapi rupanya ini cerita sebenar

Setakat ini, polis telah menyangkal dakwaan kononnya kejadian kereta dipandu budak lelaki berusia enam tahun sehingga terbabas dikaitkan dengan unsur mistik. Dalam pada orang ramai berasa ‘tertipu’ dengan dakwaan tersebut, ada pihak yang mendakwa budak lelaki yang tahu mengendalikan kereta itu pernah bermain permainan simulator kereta lumba. Video yang memaparkan seorang budak sedang memandu simulator kereta lumba di rumah tular di laman media sosial sehinggakan ramai yang mempercayainya.

Pun begitu, pemilik asal video tersebut tampil menafikan dakwaan kes budak memandu kereta itu adalah budak yang sama dalam video tular terbabit. Menurut pengguna TikTok @eqyrunner, budak dalam video terbabit merupakan anaknya tetapi tiada kaitan denga kes berkenaan. “Budak ini ke. Kalau awak cakap budak ini awak dah fitnah,” tulisnya di ruangan kapsyen video. Dia juga meminta pihak yang menyebarkan video terbabit dengan dakwaan tersebut untuk memadamkan video itu. Malah, dia juga tidak membenarkan anaknya itu membawa kereta sebenar.

Meninjau profil akaun TikTok berkenaan, lelaki itu dipercayai seorang pelumba yang aktif dalam bidang permotoran tempatan dan turut mendedahkan anaknya dalam bidang tersebut. Sepatutnya check dulu betul ke tidak video yang nak dikongsikan. Tak pasal-pasal kena minta maaf. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version