Muat naik video ank belajar bahasa mandarin, ramai yang teruja bila dengar Shila Amzah ckap Mandarin

Penyanyi Shila Amzah yang memiliki ramai peminat dari negara China itu meluahkan rasa keterujaannya apabila Seth mempelajari bahasa baru. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah memuat naik video Seth yang mula menunjukkan minatnya dalam mempelajari bahasa Mandarin. Tambah Shila, Seth dilihat sudah mula pandai membaca bahasa tersebut kerana sering dibacakan buku olehnya.

“Saya di rumah semalam dan tiba-tiba Seth datang dengan buku ini (buku bahasa Mandarin). Sha memang saja beli buku bahasa Mandarin, mana tahu dia terbuka hati, dan semalam adalah harinya. Yang menyeronokkan, dia dah boleh baca sebab Sha memang selalu bacakan dia buku.” Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu berharap agar anaknya, Seth diterangkan hati agar mempelajari lebih banyak bahasa. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka mendengar Shila bertutur dalam bahasa tersebut kerana dikatakan sangat fasih seperti orang kelahiran dari China. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version