HAIWAN peliharaan bagaikan sahabat setia buat pemiliknya. Haiwan peliharaan juga yang menjadi tempat si pemilik meluahkan perasaan gembira atau sedih dengan cara tersendiri. Karakter haiwan peliharaan yang menjadi teman ‘sejiwa’ walaupun tidak memberikan apa-apa reaksi dan jawapan, namun berkomunikasi dengan haiwan peliharaan lebih mendamaikan berbanding benda lain bagi pemiliknya.
Mungkin ada sesetengah orang yang berasa remeh untuk memelihara haiwan kerana ia memerlukan penjagaan rapi dan khusus. Apatah lagi haiwan peliharaan perlu dimandikan, dibersihkan najisnya atau ada juga yang lasak dan nakal. Tetapi, di sebalik semua itu, memelihara haiwan peliharaan sebenarnya banyak mendatangkan manfaat.
Antara manfaat yang dikatakan dapat membantu tahap kesihatan anda apabila mempunyai haiwan peliharaan di rumah adalah.
Membantu menurunkan tekanan darah
Jika anda menyayangi haiwan peliharaan dan sering mengajaknya bergurau, ternyata situasi itu boleh membantu menstabilkan dan menurunkan tekanan darah anda.
Membantu meningkatkan kesegaran tubuh dan menurunkan kolesterol
Jika anda suka bersenam dan boleh membawa haiwan peliharaan anda bersama. Ia akan memberikan efek pada penurunan kadar kolesterol tubuh dan perkara ini juga memberikan tubuh anda kekuatan untuk mencegah penyakit yang datang. Situasi ini saling berkait dengan penurunan tekanan darah dan melonggarkan pembuluh darah sehingga darah dapat mengalir lancar.
Membantu menghilangkan stres dan melegakan depresi
Memiliki kucing, hamster atau haiwan peliharaan lain yang dapat mengisi hati anda dan membuatkan anda bukan sahaja tersenyum, malah ketawa terbahak-bahak. Jadi, seeloknya jaga haiwan peliharaan anda itu seumur hidup. Kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup anda adalah tiket untuk anda bebas daripada stres dan depresi. Ia akan mengeluarkan hormon endorfin dari otak yang akan membuat anda lebih berkeyakinan, berasa lebih bahagia dan berfikiran positif.
Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Kombinasi antara menurunkan stres, bebas daripada depresi dan penurunan tekanan darah mampu mencegah anda daripada risiko penyakit kardiovaskular.
Membantu mencegah alahan pada anak
Banyak yang mengatakan alahan disebabkan bulu haiwan, sedangkan ia sebaliknya. Jika anda memperkenalkan anak anda sejak kecil, bahkan saat mereka berusia kurang dari enam bulan, ia akan menguatkan anak-anak anda dari alahan. Kajian membuktikan bahawa anak yang hidup dengan haiwan peliharaan lebih kebal terhadap alahan, demam dan ekzema.
Peneman
Haiwan peliharaan juga mempunyai perasaan yang sama seperti manusia. Kadangkala ketika kita sedih, ia juga akan bersedih. Kucing umpamanya, apabila kita bersedih, kucing akan datang kepada kita dan menggesel-gesel serta mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. Ia mempunyai hati untuk memahami dan menenangkan perasaan kita.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.