Warganet teruja nampak Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson.

Pelakon cantik Zahirah Macwilson berkongsi momen acara karpet merah yang turut dihadiri oleh ahli kumpulan muzik popular BTS, Jimin. Video tersebut dikongsi oleh Zahirah sendiri melalu akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Jimin berjalan di acara karpet merah dah tidak perasan dengan keberadaan Zahirah yang sedang asyik bergambar di hadapan kamera. Apa yang membuatkan netizen lebih teruja adalah apabila aksi yang ditunjukkan oleh Jimin yang terpegun ketika dia melihat Zahirah.

Made it to Tiffany’s. Hi Jimin,” tulis Zahirah di kapsyen. Video tersebut mencetuskan keterujaan netizen terutamanya peminat tegar BTS dan meninggalkan komen mengenai betapa bertuahnya Zahirah yang dapat berada begitu dekat dengan Jimin.

Dalam ramai-ramai artis tu, betapa beruahnya dapat Jimin yang tiba-tiba nak lalu situ. Akak Jimin tu! Kirim salam dia. Aww you are in the same frame with Jimin. So lucky!” tulis warganet di ruangan komen.

Difahamkan, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Redza ini dijemput untuk menghadiri acara sebuah jenama iaitu Tiffany & Co di New York. Sebelum ini Zahirah ada memuat naik sebuah gambar dia dalam kapal terbang beserta kapsyen yang bertanya adakah Jimin juga berada di acara tersebut.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version