Sebagai ibu, pasti akan berdepan pengalaman dimana anak-anak remaja memberontak. Sama seperti usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli turut berdepan situasi sama. Baru-baru ini, Kak KM dilihat ada membuat sesi live apabila buntu kerana anak ketiganya, Rania memberontak dan enggan pergi ke sekolah. Menerusi sesi live tersebut, turut memaparkan Rania tantrum teruk sehingga bertindak mengurungkan diri dalam bilik. Kak KM berkata dia sudah mencuba sebaik mungkin memujuk anaknya itu untuk pergi ke sekolah. Lebih sukar, usahawan itu tidak dapat membka pintu bilik tersebut kerana lupa dimana kunci pendua diletakkan.
Meskipun sudah memujuk, kedengaran Rania meraung-raung serta mengatakan tidak mahu pergi ke sekolah. Kak KM cuba menggunakan dumbbell untuk memecahkan pintu bilik, namun tidak berjaya kerana tombol pintu bilik tersebut adalah jenis tahan lasak. Suami Kak KM iaitu Razman Ramli turut memujuk anak mereka untuk keluar dari bilik tetapi Rania tetap berkeras hati juga dan tetap tidak mahu pergi ke sekolah. “Orang kata tak nak pergi sekolah, benci..benci betullah.. Semua orang tak sayang baby (Rania). Mama memang tak sayang baby lah, Mama memang tak sayang baby, baby nak pergi..”jerit Rania.
Dalam pada itu, Kak KM berkata anaknya itu tidak takut dengan guru besar selain akan membawa Rania bertemu dengan kaunseling untuk menyelesaikan masalah anaknya itu. Bukan itu sahaja, Kak KM berkata dia sudah berusaha berjumpa dengan ustaz serta mengambil air penawar namun tidak berkesan. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.