Kecoh bila tular video kepulan asap dekat Midvalley, tak sangka rupanya ini punca

KECOH apabila pusat beli-belah Mid Valley di Kuala Lumpur terbkr pada pagi Rabu. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kepulan asap tebal sehingga mencetuskan suasana cemas orang ramai di kawasan berkenaan. Pasukan bomba sedang memadamkan kebkran di lokasi kejadian. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat beli-belah Mid Valley di Kuala Lumpur, terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, api marak keluar dari pencawang tersebut dan orang ramai yang melalui Lebuh Raya Persekutuan yang terletak berhampiran pusat beli belah itu boleh nampak kejadian itu. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kebkran itu dan usaha-usaha pemadaman giat dilakukan. Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya, pihaknya mengesahkan tiada kelukaan atau kejadian tak diingini dilaporkan dalam kejadian kebkrn itu setakat pukul 11.38 pagi.

“Pihak pengurusan Mid Valley City ingin mengesahkan bahawa satu kejadian berlaku di premis kami awal pagi tadi. “Kebakaran berlaku di sebuah pencawang luar sebelum api dikawal oleh Pasukan Tindakan Kecemasan. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di tempat kejadian pada pukul 10.42 pagi. Anggota Bomba masih di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal premis daripada sebarang gangguan operasi pusat membeli-belah,” katanya. Menurut kenyataan itu lagi, dalam mengutamakan keselamatan semua yang hadir, gangguan sementara kepada bekalan kuasa akan dilaksanakan sehingga pihak berkuasa membenarkan pemulihannya.

“Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami,” tambah kenyataan itu. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version