Khairul Aming tutup kilang 5 hari demi nak bawa staff bercuti dekat langkawi, siap dapat naik kapal mewah lagi

Influencer dan usahawan muda, Khairul Aming sememangnya menjadi sorotan ramai apabila kerap berkongsi momen menghargai stafnya terutama mereka yang bekerja di dua buah kilang Sambal Nyet di Kelantan. Jika sebelum ini, Khairul Aming telah memberikan duit raya berkepuk-kepuk serta membelanja mereka baju raya, kali ini pemuda berusia 31 tahun itu ‘membuat hal’ lagi apabila menutup kilang selama 5 hari dan membawa kesemua 60 orang stafnya bercuti ke Langkawi.

Menerusi video yang dikongsikan, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu juga telah menyediakan penginapan untuk mereka semua di hotel lima bintang, bermain jetski, explore cave, snorkelling dan juga yacht peribadi untuk membolehkan stafnya menyaksikan matahari terbenam. Tak hanya itu, demi melihat kesemua staf yang dibawa gembira dengan percutian tersebut, Khairul Aming turut membelanja mereka di sana. Klik sini untuk lihat video.

Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet ‘tercengang’ kerana mengatakan tindakan usahawan itu melnggr ‘hukum majikan’. Mereka juga tidak henti-henti memuji apa yang dilakukan pemuda asal Kelantan berkenaan kerana sangat menghargai para pekerja yang sama-sama membangunkan perusahaannya sehingga semakin berkembang saban hari.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version