Baru-baru ini sebuah video di TikTok telah menjadi tular, memaparkan respons pelakon, Liyana Jasmay yang dilihat santai menjawab kritikan warganet mengenai warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding rakan selebriti lain. Menerusi video yang mendapat 1.5 juta jumlah tontonan dan meraih lebih 80,000 likes dalam masa dua hari itu, dapat dilihat Liyana sedikit pun tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sedemikian. “Artis lain makin lama makin putih cantik. LJ (Liyana Jasmay) ni aku tengok makin lama makin hitam dah macam orang kampung dah,” tulis seorang individu. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi ruangan komen, salah seorang warganet telah mengatakan kulit Liyana semakin gelap berbanding dahulu dan tidak seperti artis lain yang semakin putih serta dia disamakan dengan orang kampung. Komen tersebut telah mendapat perhatian pelakon tersebut, di mana dia menerima dengan seadanya kritikan yang diberikan oleh individu terbabit. Bukan itu sahaja, malah Liyana berbangga dengan warna kulitnya serta memberitahu bahawa dia tidak mahu mengambil suntikan pemutihan seperti kebanyakan rakan selebriti yang lain.
“Warna kulit saya sebenarnya coklat kekuningan tetapi kalau awak rasa itu hitam, saya terima sahajalah. Sebab saya tak mahu kulit warna putih pun sebab saya takut kalau inject putih itu ada kesan sampingan,” jelasnya. Liyana turut berpendapat, warna kulit tidak seharusnya dijadikan syarat untuk bergelar sebagai seorang artis. Dia juga turut bersykur kerana suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengambil kira warna kulit.
“Kalau dilahirkan warna kulit orang Melayu, nak buat macam mana. Mungkin hitam untuk awak tetapi putih di hati suami saya,” kata Liyana. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.