Influencer yang baru-baru ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga majikannya, Amirah Aqilah Firdaus atau lebih biasa disapa Mira telah menyatakan yang dirinya sudah bersedia menjaga anak-anak majikannya, View Chin bersama bekas isteri, Ah Moi sekiranya mereka berkahwin. Menurut laporan Kosmo!, ketika Mira sedang melakukan sesi live di TikTok, salah seorang daripada pengikutnya telah mangajukan soalan yang bertanyakan sama ada dia sudah bersedia untuk menjaga anak-anak View Chin ataupun sebaliknya.
Dah ready jaga anak-anak View Chin? “Awak dah ready (sedia) kah nak jaga anak-anak Ah Moi,” tanya salah seorang warganet di sesi live tersebut. Melalui sesi live berkenaan, Mira dilihat dengan tenang menjawab dan menyatakan bahawa dia sudahpun bersedia sejak awal lagi untuk menjaga anak-anak majikannya itu. “Mestilah ready (sedia). Mira sudah bersedia dari awal,” balas Mira secara ringkas. Dalam pada itu, bercakap tentang sama ada Mira sudah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi, wanita berusia 26 tahun itu memaklumkan bukan semua perkara yang berkaitan privasi harus diceritakan di media sosial.
“Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi,” jelas Mira. Terdahulu, kontroversi mengenai Mira dan View Chin telah menjadi perhatian warganet apabila bekas isteri majikannya mendedahkan skandal antara mereka berdua. Ah Moi turut mendakwa hubungan antara Mira dan View Chin menjadi salah satu punca keretakan rumah tangganya bersama View Chin.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.