ANGGOTA kumpulan K-Clique iaitu MK menyifatkan penularan video dia menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini sebagai tiada apa yang perlu diperbesarkan. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, sebaliknya berkata dia sekadar mempersiapkan diri untuk masa depan dan meminta doa peminat agar urusan ke arah perkahwinan dipermudahkan. “Tak salah pun saya pergi kursus kahwin. Itu kan untuk tambah ilmu demi masa depan. Insya Allah doakan yang baik-baik,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad. Sebelum ini kecoh kononnya MK bakal menamatkan zaman bujang apabila dilihat menghadiri kursus perkahwinan dan sebelum itu memuat naik gambar berukuran pasport lengkap bersongkok di Instagram.
Menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok @mista_bryan801, MK yang memakai kemeja putih dipanggil ke hadapan oleh penceramah untuk melakukan sesi latihan adegan akad nikah. Apa jadi perhatian apabila nama Siti Hajar Sheikh Nordin disebut MK ketika mengadakan latihan. Dalam pada itu, menjelaskan dakwaan sudah bertunang dengan Siti Hajar, MK menjelaskan ia hanyalah sekadar majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri.
Pun begitu, MK tidak menafikan sedang mempersiapkan diri ke arah itu dan meminta peminat menitipkan doa buatnya. Itu hanya majlis open house. Sekarang ini saya sedang mempersiapkan diri ke arah lebih baik. Saya mohon doakan sahaja,” katanya. Sementara itu, penyanyi lagu Pulang ini menegaskan dia tidak akan menyembunyikan jika ada khabar gembira berhubung perkahwinannya. “Kalau ada berita baik nanti, saya akan kongsikan,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.