Selebriti dan usahawan popular, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian apabila tular sebuah video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di TikTok, video berdurasi 30 saat tersebut memaparkan Neelofa sedang berkongsi bagaimana cara memujuk jika suaminya merajuk.
Kalau Ustaz merajuk, nak pujuk dia macam mana..senang je kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit, cakap minta maaf sayang. Sorry tadi….gelak-gelak sikit. Pastu manja-manja lah sikit, senang yang dia cepat sangat lembut. Dia macam ais, cair terus,” kongsi Neelofa ringkas.
Namun, suami Neelofa iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz turut tampil di akhir video tersebut. Saya mana pernah merajuk. Kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah. Kita cuma mendidik,” respons Haris ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai rekasi terhadap video tersebut. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian comel tersebut telah meraih lebih 170,000 tontonan dan 4000 tanda suka.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.