Pendakwah bebas, PU Syed amat dikenali sebagai seorang figura yang cukup lantang menegur perkara-perkara yang dilihatnya tidak membawa manfaat. Susulan pengumuman mengenai kumpulan muzik yang berasal dari London, Coldplay yang akan mengadakan konsert jelajah dunia mereka di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalu-alukan kedatangan band terkenal itu. Walau bagaimanapun, menerusi hantaran Instagram PU Syed, beliau mempertikaikan tindakan Perdana Menteri mengalukan kedatangan band muzik itu dan mahu konsert tersebut dibatalkan.
“Jika pemimpin tertinggi negara pun mengalu-alukan kedatangan kumpulan ini ke Malaysia. Tak tahu nak kata apa dah. Ucapan welcome dari PMX ini takkan menjadikan kami untuk turut mengungkap kalimah yang sama kepada mereka!! لا مرحبا ولا أهلا!!.”, tulisnya. Beliau menyifatkan penganjuran konsert berkenaan tidak memberikan manfaat kepada ummah dan turut menggesa pihak terlibat untuk menghentikan budaya hedonisme dalam masyarakat. Menerusi hantaran lain, beliau memuat naik tangkap layar gambar vokalis Coldplay, Chris Martin, sedang memegang bendera LGBT pada konsert di Singapura terdahulu.
“Ini antara ciri-ciri kumpulan artis yang diwelcomekan sangat kehadiran mereka oleh PMX?” tulisnya. Namun begitu, ada segelintir warganet menegur bahawa ucapan kedatangan daripada perdana menteri itu sebenarnya dikaitkan dengan jasa Coldplay yang pernah menaja sebanyak RM3.2 juta untuk membersihkan sungai di Malaysia. Persembahan pertama band muzik itu akan diadakan pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.