Dalam diam rupanya Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin dah berpisah 2 minggu lepas, tak sangka rupanya ini punca mereka berpisah

Nampaknya, mahligai bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat yang dibina awal tahun ini sudah menemui jalan penamat selepas mereka dilaporkan sudah berpisah. Menurut laporan Harian Metro, perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh saudara terdekat Zainal yang mendedahkan Fyna dan Zainal sudah berpisah sejak dua minggu lalu. Difahamkan, punca perpisahan itu berlaku disebabkan Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini tiada persefahaman antara satu sama lain yang membawa kepada pengakhiran hubungan tersebut.

“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah berpisah dua minggu lalu. Punca berpisah adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk berpisah,” katanya. Terdahulu, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memberitahu adik Aida Jebat itu sudah dilepaskan oleh bapanya menerusi sebuah komen di laman sosial. Perkara tersebut sudah semestinya mengejutkan ramai memandangkan berita perkahwinan mereka baru sahaja diketahui sejak awal tahun itu namun, segalanya telah musnah dalam sekelip mata.

Mana tidaknya, sebelum ini Fyna dan madunya telah memilih jalan untuk berdamai selepas isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan telah menarik semula laporan yang dilakukannya susulan kes gdh di sebuah restoran. Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Zahira yang memaklumkan ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa pun termasuklah Fyna. Sumber: Harian Metro.

Exit mobile version