Kena kritik teruk dengan warganet sebab muat naik video seolah hinaa golongan B40, Ryzal Ibrahim tampil dedahkan niat sebenar dia

SUSULAN kritikan hebat warganet gara-gara memuat naik video yang dianggap menghina golongan B40, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim menganggap perkara itu sebagai satu bentuk pengajaran buat semua. Kata Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 31, video yang dihasilkan olehnya itu menggambarkan realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling kita yang mana ramai suka berbelanja di luar kemampuan diri. “Perkara itu berlaku dalam kehidupan kita. Ia bukanlah satu hinaan yang saya herdik seseorang. Tapi sebenarnya saya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Apabila saya cuba beri kesedaran, mereka sepatutnya berterima kasih. Mungkin lawak saya terlalu mendalam dan mereka tidak nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan,” katanya. Ryzal ditemui ketika majlis siang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. Kata Ryzal lagi, ramai yang memberikan pendapat agar dia menghasilkan lebih banyak kandungan berbentuk Islamik memandangkan isterinya, Maryam You Narae, 31, merupakan seorang mualaf berasal dari Korea Selatan.

Enggan ambil pusing dengan pelbagai komen diterima, Ryzal berkata dia tetap dengan pendirian tidak akan membuat permohonan maaf berhubung kontroversi video berkenaan. “Saya pernah tekankan sebelum ini bahawa tidak perlu minta maaf kerana saya tidak rasa bersalah. Tetapi mungkin selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat kandungan di media sosial. Apabila berkahwin dengan seorang mualaf, ramai yang mahu saya buat kandungan berbentuk Islamik. Harapan orang adalah sebegitu sedangkan saya masih boleh melakukan kandungan lain seperti biasa,” jelasnya.

Baru-baru ini Ryzal memuat naik sebuah video menggambarkan kehidupan hariannya seperti golongan B40. Namun apa yang menjadi kekecohan dalam kalangan warganet adalah ketika dia berbelanja barangan jenama mewah dan kelihatan seperti golongan T20. Untuk makluman, golongan B40 adalah mereka yang memiliki pendapat isi rumah bawah RM4,850 sebulan. Sementara itu, mengulas isu tatu pada tangan isterinya yang menjadi bualan warganet, Ryzal berkata dia tidak mahu memaksa Maryam untuk membuangnya kerana ia bukanlah satu paksaan dalam Islam. “Saya tidak pernah gesa untuk dia buang. Mengikut pandangan Islam pun ia tidak perlu. Kalau menyakitkan lebih baik tidak perlu,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version