Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy membuktikan dia ratu 400 meter (m) di Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas acara itu yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi. Shereen yang diletakkan harapan untuk membawa pulang emas dalam sukan olahraga membuktikan dia sukar digugat apabila menjadi individu pertama tiba di garisan penamat menerusi catatan masa 52.53 saat (s).
Kejayaan itu sudah cukup untuk menumpaskan pesaing terdekat dari Vietnam Nguyen Thi Huyen di tempat kedua (53.27s) manakala Nguyen Thi Hang ketiga (53.84s). Shereen yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, walaupun berhadapan kesukaran dengan keadaan cuaca dan menyesuaikan diri berikutan tempoh penerbangan panjang untuk ke Kemboja namun situasi terbabit bukan masalah besar mencipta kejayaan dalam acara terbabit.
Saya berusaha keras untuk memenangi acara 400m di Sukan Sea sejak menyertai temasya dwitahunan itu pada 2015 sekali gus terbalas dengan kejayaan ini. Pada masa sama, segala latihan Amerika Syarikat membantu untuk meningkatkan lagi keupayaan terutamanya membabitkan teknik larian dalam acara 400m.
Apa yang saya boleh saya katakan, tiada cabaran besar cuma mahu buat yang terbaik selain turut mendapat sokongan daripada keluarga. Mengikut rekod, Shereen sebelum ini meleburkan rekod kebangsaan acara 400mberusia 30 tahun milik Allahyarham Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya pada tahun 1993 di Filipina.
Dia mencipta rekod terbabit menerusi catatan masa 51.80s di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, bulan lalu. Pelari berusia 24 tahun itu juga sebelum ini empat kali meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan dengan yang terakhir ketika memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, bulan lalu dengan catatan 52.27s. Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.