Ini penjelasan Shuib mengenai baju Uwais yang dikatakan tidak sedondon ketika Majlis pertunangannya berlangsung.

Pelawak, Shuib memberitahu anak sulungnya, Uwais Alqarni tidak memakai baju sedondon ketika majlis pertunangannya kerana baju Melayu yang tempah tidak muat. Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, 39, berkata, anaknya terpaksa memakai baju berbeza warna dengan adik-beradik yang lain kerana baju dan seluarnya sudah ketat. Dia pakai baju merah sebab baju yang saya tempah untuknya dah tak muat.

Lepas dua minggu beraya, seluar Uwais dah ketat dan sangkut di bahagian punggung,” kata Shuib menerusi Tiktok. Shuib turut berkongsi video menunjukkan Uwais yang sedang menyarung baju Melayu berwarna hijau itu, namun tidak berjaya kerana terlalu ketat.

Terdahulu, penampilan anak sulung Shuib memakai baju Melayu berwarna merah mencetuskan pelbagai spekulasi oleh peminat. Shuib melangsungkan majlis pertunangan dengan Watie, 35, dalam majlis tertutup di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version