Ini yang wargamaya perkataan mengenai Penyanyi lagu Surat Cinta untuk starla.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla iaitu Virgoun, 37, disifatkan sebagai lelaki malang oleh segelintir warga maya Indonesia apabila sanggup curang dengan isterinya, Inara Rosli yang memiliki wajah cantik. Ia berikutan, sebelum terbabit dengan kemelut rumah tangga dengan dakwaan kehadiran orang ketiga, Inara hanya tampil berniqab atau memakai purdah di hadapan umum kerana menghormati suaminya.

Baru-baru ini, tular video di media sosial ketika Inara hadir dalam satu sidang media dengan membuka niqab yang dipakai sekali gus memperlihatkan wajah sebenarnya kepada umum. Inara berkata, dia terpaksa membuat keputusan menanggalkan niqab yang dipakai itu demi mendapatkan peluang pekerjaan untuk menyara kehidupan bersama anak-anak selepas bercerai.

Saya memang ada menerima beberapa tawaran kerja, tapi ia memerlukan saya membuka purdah dipakai ini dan mendedahkan wajah sebenar bagi mengikuti tuntutan pemasaran produk kecantikan,” katanya kepada media tempatan. Selepas meminta izin menanggalkan niqabnya, pengamal media yang hadir pada sidang media itu rata-rata terpegun melihat kecantikan Inara yang kini begitu menjadi perhatian warganet.

Terdahulu, kisah rumah tangga Virgoun atau nama sebenarnya Virgoun Putra Tambunan hangat diperkatakan apabila dia dengan berani mengaku curang bersama wanita lain sebagaimana didakwa Inara. Virgoun sanggup curang dengan alasan isterinya itu tidak berdandan sehingga dilihat kurang cantik dimatanya.

Malah, Virgoun mendakwa pernah memberikan RM35,000 kepada Inara untuk mencantikkan diri. Pasangan Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka memiliki tiga anak, Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version