Ramai ibu bapa sekarang begitu tegas tentang penjagaan anak kecilnya seperti melarang orang luar mencium sesuka hati atau diberi makan tanpa pengetahuan. Hal ini bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti sebarang penyakit. Namun, masih ada segelintir pihak yang tidak mengambil kisah walaupun tahu tentang perkara ini. Pun begitu, pengalaman yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @afieqahhasanah, agak luar biasa apabila dia meluahkan rasa kecewa bahawa anaknya disusui orang luar tanpa keizinannya. Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit di TikTok, wanita itu begitu terkilan apabila mendapati anaknya telah disusui oleh seorang kenalan sebanyak dua kali. Klik sini untuk lihat video.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang sibuk menyiapkan majlis aqiqah anaknya dan telah menyerahkan anaknya kepada kenalannya untuk sementara. Dia begitu terkejut apabila mendapati kenalannya itu telah menyusukan anaknya tanpa izin. Dakwa individu itu, anaknya tidak berhenti menangis menyebabkan dia terus menyusukan bayi tersebut. “Saya sudah hilang kepercayaan kepada orang lain sekarang, saya begitu kecewa. Kita jaga anak kita untuk tidak dicium atau dipeluk orang lain.
“Bukan disebabkan apa tetapi risau dengar bermacam penyakit ketika ini, boleh dia tak minta izin dengan saya terlebih dahulu,” jelasnya. Wanita itu berkata, walaupun kejadian tersebut sudah lama berlaku, ia tetap memberikan kesan mendalam dan masih trauma. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut dengan situasi tersebut dan tidak menyangka ia berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Ada juga yang berkongsi mengalami pengalaman yang sama dan berasa geram dengan apa yang berlaku. Lebih merisaukan, ia akan melibatkan hukuman agama dan perkara ini perlu diambil serius supaya tiada kekeliruan pada masa hadapan.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.