Menghitung hari nak kahwin, Watie Hanifiah luah rasa gementar nak kahwin dengan Shuib

Tunang kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui dirinya sangat gementar menanti hari bahagia disatukan dengan jejaka pilihan hati pada bulan hadapan. Watie yang juga seorang usahawan juga kelihatan agak gementar ketika ditemubual apabila membuat kemunculan pertama kali dalam sebuah rancangan MeleTP semalam. Pun begitu, usahawan berusia 35 tahun itu begitu teruja apabila mengenangkan hari bahagia mereka semakin hampir. “Buat masa sekarang ini, saya rasa semua benda buat saya gementar tapi dalam masa yang sama ada sedikit teruja,”katanya.

Dalam pada itu, Watie turut mengakui sikap kelakar dan romantik yang ada pada Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad telah membuatkan hatinya terpaut rasa cinta. “Shuib ini merupakan seorang yang sangat kelakar dan juga penuh kejutan. Dia juga adalah seorang lelaki yang sweet,”ujar Watie. Sementara itu, pelawak berusia 38 tahun itu menyatakan persiapan perkahwinannya dan Watie sudah hampir 50 peratus siap.

Shuib bagaimanapun berharap agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar meskipun mengakui berasa gementar dan teruja untuk berkahwin buat kali kedua. “Ada juga sedikit rasa teruja tetapi kadang-kadang saya takut rasa teruja saya disalah faham orang lain. InsyaAllah, harap semuanya baik-baik dan dalam keadaan sederhana sahaja. Semoga benda yang kita rancang berjalan dengan lancar. Itu sahaja yang kami harapkan,”ujar Shuib.

Terdahulu, Shuib selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati, Watie Hanifiah dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam. Mereka berdua dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan. Sebelum ini, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan kerana Allah lebih menyayangi pelatun lagu Semakin akibat dijangkiti Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version