TINDAKAN pelakon dan pengacara Elly Ariffin menulis ucapan atas perkahwinan bekas suaminya Jiggy Masin dengan Nur Dhabitah Sabri menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan Elly kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami meskipun sudah lama berpisah. Kata Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 34, walaupun bekas suaminya sudah berkahwin lagi, namun dia pula belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya.
“Masa nak beri ucapan tahniah tu Elly memang tiada niat apa sebab saya dan bekas suami memang ada hubungan baik walaupun sudah berpisah, waktu Jiggy nak berkahwin tu saya siap pesan pada dia untuk jemput ke majlis nanti. “Niat nak berkongsi kegembiraan dengan bekas suami dan saya percaya Dhabitah tidak akan fikir lain kerana dia bukan orang yang jenis kuat cemburu, walaupun dia jauh muda usianya tapi matang dalam fikiran mungkin sebab itu Jiggy pilih dia. Saya memang ada niat untuk berkahwin pada tahun ini dan perkara ini saya sudah beritahu kepada ibu namun begitu, saya tidak kisah sekiranya tidak lagi diberikan rezeki untuk kahwin lagi dan tidak pun terburu-buru dalam memilih pasangan kerana risau akan memberi harapan kepada yang menunggu saya pula nanti,” kata Elly.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.