Baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan penyanyi Zaki Yamani berduet bersama bapanya yang juga seorang penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah dengan menyampaikan lagu hits Jamal iaitu Gadis Melayu di sebuah acara.
Ternyata perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet apabila ramai mengatakan suara Zaki seakan-akan sama dengan bapanya. Terbaharu, sekali lagi nama Zaki menjadi perhatian apabila turut tular sebuah video dia menyanyikan lagu sama di sebuah rakaman program televisyen (TV).
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Rata-rata warganet sekali lagi terpesona dengan kelunakan suara Zaki yang kini hampir sama dengan bapanya. Berkesempatan bertemu dengan Zaki, XTRA ada menemu bual dengan juara program Famili Duo Tv3 itu baru-baru ini bagi mendapatkan reaksi beliau.
Menurut Zaki, dia menidakkan cakap-cakap netizen apabila menyamakan suaranya seperti bapanya. Malah, berharap suaranya tidak menyamai bapanya jika meningkat dewasa kelak. Saya sekarang umur 17 tahun. Ketika saya sertai program Famili Duo, orang dah mula bercakap yang suara saya macam bapa saya, padahal bagi saya tidak.
Saya juga berharap saya tak menyamai suara bapa saya sebab cara percakapan dan nyanyian saya berbeza. Saya cuma kembangkan sedikit sahaja. Memang best kalau dapat suara ‘Jamal’ tetapi saya mahukan suara saya yang sendiri. Saya takut bila meningkat umur nanti suara saya akan lagi ‘pecah’, dah harap ia jadi suara ‘Zaki bukan Jamal.
Doakanlah suara saya tak sama macam ayah saya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.