Pelakon Zara Zya mengakui hatinya terguris dan terkilan setiap kali membaca komen yang ditinggalkan oleh warganet yang sering menyoal perihal jodoh. Disebabkan itu, aktres berusia 38 tahun mendedahkan dia trauma untuk keluar dari rumah selain buat kali pertamanya menitiskan air mata ketika sedang bersiaran langsung. Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dirinya bukanlah tidak boleh menerima teguran tetapi entah mengapa emosinya sejak kebelakangan ini sangat sensitif.
“Pagi-pagi mungkin mereka membuka mata untuk menyakiti hati orang lain. Tak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri, tapi ada orang yang buka mata untuk mengkritik. Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak fikir-fikir ini jadi sensitif sangat. Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya. Contohnya seperti tanya tiada orang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya,”luahnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Love You Mr. Arrogant mengatakan hidupnya sangat bahagia tetapi sedikit terjejas apabila mudah dihakimi oleh segelintir pihak mengenai urusan jodoh. Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” kata Zara. Tambah Zara, kata-kata negatif yang dilemparkan oleh warganet bukan sahaja memberi impak terhadap kesihatan mental, bahkan membuatkan dirinya memencil dari orang ramai.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang, sehinggakan saya patah semangat untuk membuat ‘live’ dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja. Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu,”katanya lagi. Kata Zara, dia juga sudah dua bulan berehat daripada dunia lakonan meskipun orang lain melihat dirinya sering ketawa dan tidak mempunyai sebarang masalah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.