Tak sangka sampai sekarang saya belum kahwin lagi. Umur dah nak cecah 40. Bercinta dari zaman sekolah tapi tak kahwin lagi. Dulu saya fikir lepas sekolah dah nak kahwin. Orang yang pernah berkawan dengan saya (bekas kekasih) semuanya dah kahwin dan ada anak. Saya sahaja belum,”.
Demikian kata pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin mengulas status terkininya yang masih solo tanpa suami. Zarina yang mula dikenali menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim kedua berkata, dalam keluarganya, hanya dia yang belum kahwin.
Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey. Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja.
Normallah orang nak tanya. Kalau yang perli-perli suka hati merekalah. Benda itu bukan kerja kita,” katanya ditemui pada majlis Hari Raya anjuran i QIYI di sebuah hotel Rabu lalu. Pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini bagaimanapun mengakui sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. Saya nak kahwin, nak sangat. Cuma untuk kahwin belum tahu waktunya kerana kami masing-masing jenis cari duit. Dia berusia 52 tahun dan berstatus dua anak.
Tunggulah dia fokus pada anak-anak sampai besar sikit. Dia seorang ahli perniagaan dan kami kenal menerusi kawan-kawan. Dialah teman lelaki yang paling lama saya berkawan. Tak sangka juga saya paling lama kawan dengan dia,” katanya. Zarina berkata, hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini terputus kerana tidak sefahaman.
Saya seorang wanita bekerjaya yang terlampau garang, tegas dan apa pun tak boleh. Lelaki pun tak tahan dengan sikap saya. Sekarang saya dah rendahkan ego, tidak panas baran lagi. Saya mengaku dulu memang jenis panas baran sedikit.
Rasanya saya lebih kena dengan pasangan yang lebih tua kerana dulu kekasih saya muda. Kekasih sekarang pandai ambil hati,” katanya. Menurutnya, dia berada dilandasan yang betul kerana kekasihnya memahami perasaannya.
Pada saya, cinta tolak soal kedua. Dia tak kacau kerja saya dan saya tak kacau kerja dia. Keluarga pun dah kenal sangat dia. Namun untuk cakap fasal rumah tangga agak susah. Saya pun tak nak lambat-lambat. Apapun saya bersyukur dikelilingi oleh mereka yang memahami. Yang bagusnya mereka tak pernah tanya termasuk emak. Kalau emak desak, saya boleh tertekan dibuatnya,” katanya yang meminta semua pihak mendoakannya segera bertemu jodoh.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.