Tugas menasihati anak-anak kebiasaannya diserahkan kepada si ibu, mungkin disebabkan naluri keibuan yang lebih lembut dan memahami menyebabkan kebanyakan bapa akur dan memberi kepercayaan kepada si isteri untuk menegur. Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anak.
Usaha menegur ibarat mencurah air di daun keladi sekiranya si anak tidak bersedia menerima teguran itu. Lebih menyedihkan, ia langsung tidak terkesan di hati mereka. Demikian luahan pelakon senior, Noralbaniah mengulas insiden hitam membabitkan anak tunggalnya, Syarra Sudarman yang terkait dengan penyalahgunaan dadah sekitar Oktober tahun lalu.
Menurut pelakon berusia 54 tahun itu, pada awalnya memang sukar untuk berdepan masyarakat, namun reda dengan ketentuan Allah selain kembali kepadaNya yang membuatkan hatinya tenang. Katanya, sebagai ibu dia telah melaksanakan tanggungjawab mendidik permata hatinya itu sebaik mungkin, tetapi tidak mampu menyekat pergaulan selepas anaknya itu meningkat dewasa.
Kongsi aktres popular 1990-an itu mengimbas detik penahanan dan penangkapan anaknya juga hanya diketahui menerusi panggilan seorang wartawan. Mengulas perkembangan Syarra, Noralbaniah berkata, Syarra sudah keluar penjara pada Mac lalu dan kini dalam keadaan baik.
Sebelum ini Syarra mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan selain perlu menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 11.45 pagi pada 12 Oktober tahun lalu. Atas kesalahan itu, wanita tersebut dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Pertuduhan kedua pula apabila didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 3 petang pada tarikh sama.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.