Seperti yang kita tahu, pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Boss Kay telah pun melepaskan kedua isterinya selepas terlibat dengan kontroversi yang mendakwa dirinya tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir sewaktu proses pendaftaran nama anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tidak lama selepas itu, Boss Kay pula dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara, pelakon dan pengacara, Tash Yong, 33, pada Ramadan yang lalu.
Meskipun sudah berpisah namun, kemelut di antara Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz, dan bekas isteri Nor Sufia Johari dilihat masih berpanjangan. Terbaru, Sufia atau lebih mesra dipanggil Cik Pia itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya menerusi satu hantaran di TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Cik Pia meluahkan rasa sedih dan terkilannya apabila anak-anak tidak dapat merasai kasih sayang daripada seorang bapa terutama sekali anak keduanya, Arumi yang kini sudah berusia 6 bulan. Bukan itu sahaja, Cik Pia juga mendakwa bahawa dia perlu melangsaikan segala hutang bekas suaminya itu dan terpaksa berjauhan dengan anak-anak kerana perlu bekerja.
“Arumi ni dah 6 bulan tapi tak dengar dan tak kenal bapa dia siapa. Saya terpaksa berjauhan dengan anak-anak demi membayar hutang-hutang yang ditinggalkan ‘bapa’ mereka. Hanya Allah yang tahu betapa seksa rasanya hati seorang mak.” Cik Pia juga meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila dia yang perlu bersusah payah mencari duit tetapi bekas suaminya didakwa bebas bercuti dengan isteri baharunya tanpa rasa bersalah. Klik sini untuk lihat video.
Bukan itu sahaja, Cik Pia turut mendakwa bahawa Boss Kay sama sekali tidak memberikan sebarang nafkah kepada mereka. “Penat berjuang mencari rezeki untuk anak-anak tapi terpaksa bayar hutang-hutang yang ditinggalkan. Lagi perit ditinggalkan tanpa sebarang nafkah kepada anak-anak tapi si ‘bapa’ bersuka ria dengan makanan mewah dan bercuti sana sini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan keadaan yang dihadapi Cik Pia dan menasihatinya agar untuk terus kuat menghadapi dugaan ini demi anak-anak.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Cik dan Boss Kay sebelum ini tular dan menjadi bualan warganet di media sosial. Ia susulan satu kontroversi yang mendakwa Boss Kay tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir sewaktu proses pendaftaran nama anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lebih meruntunkan hati apabila anaknya yang baru dilahirkan terpaksa berbinkan kepada nasab Abdullah dan dia perlu memilih 99 nama Allah untuk dibinkan anaknya. Susulan itu, Boss Kay kemudiannya hadir ke JPN bagi menguruskan proses tersebut dan menamakan anaknya sebagai Arumi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.