Peminat luah rasa teruja apabila Diva AA berjumpa dengan kembar Diva BB.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Diva BB yang telah mencuri perhatian mengajuk gaya percakapan pelakon dan pengacara sensasi, Diva AA.

Individu yang dikenali sebagai Diva BB itu bukan sahaja mengajuk cara percakapan namunmelakukan gaya tangan, carutan serta gaya selendang yang dipakainya seakan-akan Diva AA sehingga membuatkan netizen terhibur dengan gayanya meniru percakapan pengacara sensasi itu.

Sebelum ini, di twitter milik Diva AA, penuh dengan makian kepada seorang individu yang dikenali dengan nama Diva BB yang cuba meniru gayanya itu. Baru-baru ini, tular satu video di mana, Diva AA pergi berjumpa dengan Diva BB dan video tersebut telah meraih perhatian dari wargamaya.

Rata-rata warganet yang komen pada video tersebut terhibur dengan telatah mereka berdua. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka seakan kembar, serta ada juga yang mengatakan bahawa Diva AA jika diluar tidak sama kelakuannya di dalam media sosial.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version