Walaupun kesihatan tak mengizinkan Aleza Shadan tetap mampu menjayakan watak beliau.

Meskipun tidak sihat, pelakon, Aleza Shadan bersyukur mampu menjayakan wataknya dalam filem Jemputan Ke Neraka yang bakal ditayangkan di pawagam 22 Jun ini. Aleza Shadan atau nama sebenar Norhasliza Shadan, 48, berkongsi pengalamannya demam denggi ketika di set penggambaran filem itu, ramai yang membantunya terutama pengarah filem, Amor Rizan.

Hari kedua penggambaran filem itu saya dijangkiti demam denggi, tetapi saya teruskan juga menghabiskan setiap babak kerana, sebagai pelakon, kita tiada ‘MC’ (sijil cuti sakit),” katanya ketika ditemui di tayangan perdana Jemputan ke Neraka, The Starling Mall, semalam.

Walau bagaimanapun, Aleza bersyukur kerana Amor, rakan pelakon dan ahli produksi banyak membantunya ketika dia tidak sihat di lokasi penggambaran. Mereka banyak memberi sokongan kepada saya dan memahami keadaan saya yang lemah ketika itu contohnya jika ada babak yang berat seperti pukulan, saya dibenarkan tidak turun ke lokasi penggambaran. Dalam pada itu, Aleza yang memegang watak sebagai ibu dalam filem Jemputan Ke Neraka itu mengakui dia banyak merujuk Amor bagi menjiwai watak terbabit.

Sepanjang penggambaran, Amor banyak membantu dari segi menjiwai watak dan, saya terima arahannya dengan hati yang terbuka. Sementara itu, Aleza memaklumkan dia baru sahaja menghabiskan penggambaran 20 episod bagi drama untuk slot Samarinda TV3.

Walaupun saya banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran, tetapi keluarga tetap menjadi keutamaan kepada saya. Jadi jika ada masa terluang, memang saya akan habiskan masa itu bersama suami dan anak-anak,” kata Aleza yang pernah membintangi drama popular Suamiku Lelaki Pendosa. Drama yang turut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Sophia Albarakbah.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version