Tular video golongan usahawan saham hidup mewah naik pesawat, sekali individu ni bongkarkan kali terakhir pesawat tu terbang

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan golongan usahawan membabitkan pelaburan saham atau ‘trader’ mengajak orang ramai bagi mengetahui cara menjana pendapatan sebanyak satu juta dalam tempoh enam bulan. Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki dilihat menaiki sebuah jet peribadi ke Pulau Pinang bagi menjayakan program itu sambil diringi rakan yang masing-masing memiliki kereta mewah dipercayai di Lapangan Terbang Subang, Selangor. Terbaru, seorang juruterbang ada menonton video berkenaan sebelum mendedahkan bahawa pesawat itu tidak bergerak terbang di udara sebaliknya hanya keluar masuk dalam kawasan landasan. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi akaun @mrturboprop di aplikasi TikTok, juruterbang terbabit turut menyelidik secara terperinci tentang pesawat itu melalui perkhidmatan Flightradar24 bagi mengesan maklumat penerbangan. “Abang nak periksa jap kapal adik ni.. N888FJ. Jom kita usha jap dekat flight radar. Pergh lawalah challenger, berjuta-juta kapal ni. Tengok jap bila penerbangan terakhir, 21 Februari eh. Jumpa kat Pulau Pinang.. kau buat apa tu? Kata nak pergi Pulau Pinang (memeriksa pergerakan pesawat),” katanya berbaur sindiran.

Susulan pendedahan tersebut, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen yang rata-rata hanya mampu ketawa sebaik mengetahui perkara sebenar. Terdahulu, seorang individu menggunakan akaun @user_error2021 mendakwa pesawat sama turut digunakan oleh beberapa golongan usahawan lain termasuk pengasas produk.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version