Dalam diam rupanya Shikin Maembong dan Cat Farish bakal melangsungkan pernikahan pada 14 julai

PENYANYI dan komposer Cat Farish bakal melangsungkan pernikahan dengan Shikin Maembong pada 14 Julai ini. Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail, 40, berkata, selain upacara pernikahan mereka juga bakal diraikan dalam tiga acara berbeza termasuk majlis berinai dan bersanding. “Dua perkahwinan terdahulu langsung tiada majlis bersanding dan hanya buat akad nikah sahaja tapi saya cadang nak buat majlis berinai secara kecil-kecilan. “Tapi adik-beradik yang lain minta saya buat majlis yang lebih teratur… Jadi Insya Allah malam berinai pada 12 atau 13 Julai. Selepas itu, 14 Julai kami akan bernikah dan keesokan harinya bersanding,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Shikin meluahkan rasa syukur apabila perancangan perkahwinan turut mendapat bantuan daripada adiknya Emma Maembong yang bertungkus-lumus merancang dan mencari tajaan. Buat masa ini katanya, dia bersyukur sudah mendapat beberapa tajaan termasuk dewan untuk mengadakan majlis nikah dan pakaian pengantin. “Alhamdulillah keluarga menyambut baik keputusan saya dan Cat untuk mendirikan masjid malah Emma antara orang yang paling sibuk mahu menguruskan semuanya. “Saya memang banyak berkongsi cerita dengan Emma, jadi bila saya beritahu nak kahwin dia tawarkan diri membantu sebagai wedding planner,” katanya.

Untuk rekod, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Arianna Natasya, 8, namun berpisah pada Jun 2016. Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun berpisah dua tahun kemudian. Manakala, Cat atau Farish Ramli, 48, sebelum ini pernah berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 namun pasangan itu berpisah pada Februari lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version