Dato Aliff Syukri dan ank sulong berangkat untuk tunaikan haji, hampir 15 tahun baru terbuka hati nak jejakkan kaki ke Makkah

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia bakal menunaikan ibadah haji bersama anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aliff, 36, berkata, ini adalah kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah selepas 15 tahun. Malah dia turut berharap agar pengikutnya mendoakan semua urusan mengerjakan ibadah itu selain dapat berubah menjadi insan lebih baik selepas pulang kelak. “Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.

“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik kepada ibu bapa, keluarga dan juga sahabat… Amin amin yarobal alamin,” kongsinya. Dalam perkongsian tersebut, Aliff berkongsi foto dirinya mengenakan jubah berwarna putih sambil memegang buku pasport dirinya dan anak lelakinya. Meninjau ke Instastory Aliff, dia sempat berkongsi momen anak sulungnya bersalaman dan berpelukan bersama isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid sebelum berangkat. Malah anaknya Raudah Arshiyah turut dilihat menangis melihat pemergian bapa dan abangnya ke Makkah.

Sementara itu, Aliff turut meminta maaf kepada pengikutnya sekiranya ada keterlanjuran bahasa sepanjang perkenalan selain mengharapkan doa daripada semua orang sepanjang pemergiannya mengerjakan ibadah haji. “Kepada sahabat saya… saya minta maaf selama ini kalau ada terkasar bahasa… termaki hamun korang. Saya tak sengaja. “Doakan saya berubah menjadi seorang yang matang dan lebih baik. Doakan saya juga menjadi seorang anak, suami dan ayah terbaik. Saya sayang semua,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version