Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dan berang di platform media sosial miliknya dengan mendedahkan rakan baiknya yang juga pengasas tudung mengelak diri daripada membayar hutang yang kini mencecah jutaan ringgit. Pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dirinya turut berasa terkilan apabila individu tersebut tergamak membuat cerita tidak benar kepada orang lain seolah-olah dirinya bersalah dalam hal ini. Aliff bagaimanapun mengatakan dirinya mempunyai segala bukti termasuk segala perjanjian ditandatangani mereka dan berjanji mahu melunaskan dalam tempoh setahun.
“Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video saya rekod ya apa yang dia buat. Acah-acah teraniaya, malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya yang bersalah. Video bukti, perjanjian semua ada ya. Sabar ya kak.. boleh saja nak kongsi muka akak yang berhutang dengan saya ni. Janji nak bayar setahun, dia dah masuk 4 tahun tak bayar. Kereta baru mewah, sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg Prada.. hutang sedih! Time nak nak pinjam, bukan main manis meminta,”tulis Aliff.
Jelas Aliff, pihaknya sudah pun menelefon dan berbincang secara baik dengan individu terbabit, tetapi dibuat acuh tidak acuh sehingga terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Dalam pada itu, bapa kepada enam cahaya mata turut memberi beberapa hint’menggambarkan individu berhutang yang diakatakan berlagak alim dan kaya. “Cuba teka siapa dia.. siapa akak ni? Saya kasi hint ya.. sebenarnya saya dah cuba hubungi dia dah, WhatsApp dah cakap baik-baik dah.
“Sampai sekarang ni saya terpaksa buat (mengambil) tindakan peguam. Okey, saya beri hint dia jual tudung sarung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya. Pejabat di Negeri Sembilan, tudung harga beratus sampai beribu. Hutang saya berjuta tak reti bayar,”dedahnya.
Rata-rata warganet meminta usahawan berusia 36 tahun itu untuk terus fokus mengerjakan ibadah haji memandangkan dia kini berada di tanah suci. Mereka juga memintanya untuk berdoa di tanah suci agar individu berkenaan diberi hidayah dan berlembut hati untuk segera melunaskan hutang yang telah lama dibiarkan tergantung.
Aliff berkata, dirinya penat menagih hutang dari individu berkenaan meskipun ramai warganet menasihati untuk fokus melakukan ibadah memandangkan kini sedang mengerjakan haji bersama anak sulung, ibu dan mentua. Pada Rabu lalu, media melaporkan usahawan serba bakat itu kini berangkat mengerjakan ibadah haji bersama keluarga dan dirinya kini tergerak hati selepas 15 tahun dan berharap agar dapat berubah menjadi lebih baik.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.