Umum mengetahui, usia perkahwinan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini sudah memasuki tahun yang ketiga namun, masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata. Terbaru, Uqasha memuat naik foto memaparkan dirinya ditata rias oleh seorang jurusolek di Instagram (IG). Meskipun dipenuhi dengan komen-komen murni wargamaya yang memuji kecantikan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu namun, terdapat pula satu komen yang kurang enak dibaca ditinggalkan oleh seorang warganet.
Menerusi komen yang ditinggalkannya itu, warganet tersebut menyindir Uqasha dan Kamal yang belum mempunyai rezeki dikurniakan cahaya mata. Lebih teruk, warganet berkenaan turut menyindir adik kepada Uqasha, Nelydia Senrose yang turut berdepan dengan situasi sama. Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu dilihat tidak melatah sebaliknya dengan tenang membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa rezeki cahaya mata adalah ketentuan Allah S.W.T.
“Ya Allah , sedih nya boleh awak cakap mcm ni? Tu rezeki dari Allah, terima kasih banyak-banyak. Masha-Allah, terima kasih banyak-banyak, rezeki dari Allah.” Sekadar info, usia perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini memasuki tahun yang ketiga selepas mereka bernikah pada 5 November 2021 yang lalu. Namun, mereka belum lagi mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.