Seperti yang kita tahu, usahawan terkenal, Hafiz Mahamad gemar melakukan amal kebaikan dengan membantu mereka yang dalam kesusahan. Bukan itu sahaja, Hafiz yang juga merupakan seorang pempengaruh itu pernah menyatakan hasratnya untuk menyediakan taska di ruangan pejabatnya sendiri bagi membantu meringankan beban kesemua pekerjanya. Terbaharu, Hafiz mendedahkan bahawa hasratnya untuk membuka satu taska di bangunan pejabatnya tidak kesampaikan selepas mengambil kira beberapa faktor yang mungkin boleh memberi impak kepada pekerja serta perniagaannya. Hafiz yang menjawab soalan yang ditanyakan pengikutnya di Instagram Strory mendedahkan bahawa sekiranya dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu seperti penyakit berjangkit akan timbul bila mana terdapat salah seorang anak pekerjanya jatuh sakit di taska tersebut.
“Kan saya pernah cakap sebelum ni yang saya nak buka ‘nursery’ untuk staf-staf saya supaya anak-anak diaorang boleh duduk dekat ‘nursery’ tu kan? Jadi jawapannya jadi ke tak buka adalah tak jadi. Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik. Sebagai contoh, benda yang baik adalah objektifnya saya nak meringankan beban-beban staf saya ni nak bayar ‘nursery’ yang mahal di luar sana. “Menjawab persoalan daripada pengikutnya di Instagram Story, Hafiz memberitahu bahawa jika dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu kesihatan anak-anak pekerjanya. Hal ini kerana, apabila salah seorang daripada mereka kurang sihat atau sakit, kemungkinan ianya akan berjangkit dan sekaligus merisikokan kesihatan kanak-kanak lain yang berada di taska tersebut.
“Tapi risikonya bila saya buka (nursery), saya akan nampak contoh, kalau satu anak berjangkit jadi dia akan berjangkit maka semua anak-anak staf saya akan berjangkit sakit tu. Jadi, saya kena bertanggungjawab. Jadi satu anak sakit, satu mak mesti kena cuti. Kalau sepuluh orang anak sakit, sepuluh staf dah kena cuti. Jadi, lebih baik saya bagi kebebasan untuk staf saya cari ‘nursery’ yang terbaik di luar sana. Meskipun hasratnya itu tidak kesampaian, Hafiz melakukan satu inisiatif yang lain buat kesemua pekerjanya yang mempunyai anak apabila dia memberikan elaun taska sebanyak RM350 untuk seorang anak bagi setiap pekerjanya.
“Tapi saya tukarkan kos itu kepada elaun. Saya bagi mereka elaun kepada staf-staf saya untuk diaorang bayar ‘nursery’ di luar sana. Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar. Sekadar info, Hafiz merupakan salah seorang pempengaruh yang begitu terkenal dengan sifatnya yang gemar membantu meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Antara kebaikan yang gemar dilakukan usahawan ini ialah menyediakan bas buat para pelajar serta mereka yang tidak berkemampuan untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri sejak dua tahun yang lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.