Sebut sahaja nama usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad pasti ramai tahu mengenali akan figura yang cukup terkenal dengan sikapnya pemurah dan sudi membantu insan yang memerlukan. Bahkan, ramai turut mengagumi caranya menghargai isteri tercinta, Syafiqah Aina dan tidak kering ‘idea’ memberi kejutan buat ibu kepada anak-anaknya seperti baru-baru ini yang menyambut ulang tahun kelahiran. Pemilik nama Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad sekali lagi membuat kejutan dengan membuat tempahan pawagam dan menghadiahkan satu dokumentari buat isterinya sehingga membuatkan wanita tercinta sebak serta menitiskan air mata.
“Saya sewa satu panggung wayang semalam ada sebab… mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang atau drama. Tapi wayang masih wayang. Saya nak buktikan apa yang di skrin semalam adalah cerita dan watak yang ada dalam kehidupan sebenar Aina. Saya hadiahkan satu dokumentari buat dia,”tulisnya. Dalam dokumentari tersebut, turut disekalikan kata-kata daripada para pekerja buat majikan mereka termasuklah pengenalan watak penting dalam hidup buat suri hati Hafiz Mahamad iaitu ibu bapa kepada Aina serta anak-anak. Klik sini untuk lihat video.
Apa yang membuatkan situasi bertambah sebak apabila Hafiz turut membuat menghadiahkan isteri dan ibu bapa mentua menunaikan haji bersama memandangkan wanita itu pernah menyatakan hasrat murni pada tahun lepas. “Menangis isteri dan mertua saya. Dari tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nak bawa mama ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama-sama dan saya tak sangka Visa lulus 3 ke 4 hari sebelum birthday Aina.
“Saya sembunyikan berita ini untuk bagitahu pada hari birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Ainaa. Tahniah sayang…Selamat Hari Lahir Isteriku,”titipnya lagi. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.