Bekas isteri kepada pendakwah bebas, PU Abu iaitu Hana Azraa mengakui sudah kembali berbaik semula dengan bekas suaminya itu sejak Ramadan lalu. Ketika dihubungi, pemilik nama lengkap Nurhannah Azra Mohd Zakir mengesahkan mereka berdua sudah pun berbaik sebagai suami isteri namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu. “Alhamdulillah, ya saya sudah berbaik semula dengan PU Abu. Nak masuk bulan Ramadan adalah turning point saya pilih untuk berbaik dengan dia selepas hampir setahun juga sebenarnya lost contact. Saya sebenarnya trauma nak kongsi lebih-lebih sebab banyak hati nak kena jaga. Apa-apa pun, saya harapkan semua orang mendoakan yang baik-baik.”
Terdahulu, Hana menerusi hantaran terbaharu di Instagram Stories (IG Story) miliknya dilihat sudah kembali berbaik dengan pendakwah tersebut. Menerusi perkongsian tersebut, Hana memuat naik satu video pendek yang memaparkan aksi mesra mereka beserta kapsyen dirinya tidak sabar untuk berjumpa dengan suaminya itu. Sebelum ini, Hana pernah mendedahkan dirinya masih diganggu oleh Abu meskipun mereka sudah lama berpisah selain pendawak itu turut menganggu beberapa ahli keluarganya sehingga mencabar kesabarannya.
Nama Hana pernah menjadi hangat dan dikritik hebat warga maya apabila dia berkahwin dengan Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019, sekali gus menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini sehingga berantakan. Bagaimanapun, Hana dan Abu mengesahkan mereka sudah berpisah pada April 2020 dan masih menunggu proses perpisahan di mahkamah. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia tiga tahun manakala Hana juga mempunyai anak perempuan Afifah Aisyah, 7, hasil perkahwinan terdahulu.
PU Abu juga mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Ain Afini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.