Hanya boleh lihat secara jelas dengan guna kanta pembesar, studio ni hasilkan beg tangan lebih kecil dari sebutir garam

Beg kebiasaannya digunakan untuk menyimpan barang seperti kunci kereta, dompet dan barangan berharga. Namun, bagaimana pula jika sesebuah beg itu dicipta dengan saiz lebih kecil daripada sebutir garam? Baru-baru ini, sebuah studio reka bentuk produk, MSCHF ada menghasilkan sebuah beg tangan mini yang hanya boleh dilihat secara jelas dengan menggunakan kanta pembesar.

Syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menghasilkan beg tote menyerupai beg keluaran jenama mewah, Louis Vuitton, OnTheGo bersaiz 35 x 27 x 14 sentimeter menjadi 657 x 222 x 700 mikrometer. Sebagai perbandingan, beg yang dikecilkan itu dikatakan lebih kecil daripada sebutir garam. Menurut wakil MSCHF, mereka bekerjasama dengan beberapa syarikat mikrobioteknologi untuk mencipta beg itu. Sambungnya lagi, mereka menggunakan proses stereolitografi yang kebiasaannya digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil.

Difahamkan, Ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner menghasilkan beg kecil ini untuk menyindir trend pembuatan bg tangan yang semakin lama semakin mengecil. Untuk rekod, beg tangan mini itu akan dipamerkan di dalam sebuah gel tertutup di bawah mikroskop secara eksklusif dalam satu acara lelongan. Acara tersebut akan berlangsung pada 19 Jun ini. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version