Hidup sederhana tapi bab makan mewah, sediakan bekal wagyu untuk anak ke sekolah jadi perhatian warganet

Sebelum ini, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi video memaparkan dia sedang menyediakan bekal makanan untuk anaknya, Keisha Laila ke sekolah telah jadi perhatian wargamaya. Mana tidaknya, rata-rata warganet terkejut melihat makanan yang disediakan aktres itu adalah daging jenis wagyu sekali gus melabelkan sebagai ‘bekal T20’. Tidak mudah melatah, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 38, bagaimanapun akui kurang senang dengan perkataan tersebut. Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana, namun apabila melibatkan soal makanan dia akui sedikit mewah.

“Saya tidak suka betul dengan kenyataan tersebut sebab buat orang pandang serong dengan golongan berkenaan. Tetapi saya tahu orang di luar sana berhak sahaja untuk bercakap apa sahaja yang mereka mahu. Namun hanya saya dan keluarga yang tahu kehidupan kami macam mana dengan hidup yang sederhana. “Cumanya bila melibatkan masakan dan makanan memang saya tidak kisah untuk bermewah sedikit tentang makanan. Nabila berkata demikin ketika ditemui pada majlis sidang media Nusa Fest yang diadakan di sebuah hotel di sekitar ibu kota, pada Selasa.

Tambah anak kepada penyanyi rock Amy Search itu lagi, memilih makanan yang berkualiti merupakan perkara yang penting.”Saya suka makan benda yang berkualiti dan sedap. Apa yang penting adalah mengikut kemampuan masing-masing. Daging itu pun baki daripada yang sebelum-sebelum ini telah disimpan dalam peti ais. Anak saya tidak kisah, dia akan makan apa yang saya makan.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version