Hormat keputusan dia untuk tidak hadir, Mk dedah tidak rasa terkilan bila Tuju tak hadir ke majlis pernikahan dia

PENYANYI rap MK tidak berasa terkilan apabila rakan baiknya iaitu Tuju tidak menghadirkan diri ketika majlis pernikahan dan persandingannya minggu lalu. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata, kehadiran anggota lain K-Clique sudah cukup memberi erti dan memeriahkan majlis berkenaan dan percaya Tuju turut mendoakan kebahagiaannya dari jauh. “Ketiadaan Tuju diisi dengan kehadiran anggota K-Clique yang lain. Saya hormati keputusan dia untuk tidak hadir. Saya juga peraya dia medoakan kebahagiaan saya.

“Saya masih menganggap Tuju sebagai seorang saudara kerana kami pernah melalui susah dan senang bersama. Saya tidak tahu khabarnya namun saya juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadapnya,” katanya. MK melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada 16 Jun lalu di Ampang, Selangor. Majlis pernikahan dan resepsi penyanyi ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan anggota kumpulan K-Clique yang turut bertindak sebagai ‘dulang boys’.

Bagaimanapun ketiadaan Tuju menjadi persoalan selepas sekian lama mereka dilihat tidak berhubung atau muncul bersama dalam mana-mana persembahan. Sementara itu mengulas tentang gambar dia bersama isteri di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, kata MK dia membawa Hajaar ke sana bagi memenuhi hajat kerana tidak dapat melangsungkan pernikahan di lokasi itu. “Kami merancang untuk bernikah di sana, namun disebabkan ada halangan tertentu niat tersebut tidak kesampaian. Jadi saya bawa isteri ke sana untuk penuhi hajat.

“Kami sempat meluangkan masa solat Maghrib dan Isyak di sana,” ujarnya. Berkongsi fasa hidup baharu selepas bergelar suami, menurut MK dia dan Hajaar saling melengkapi antara satu sama lain dan lebih banyak belajar untuk memperbaiki diri. “Sekarang masih dalam fasa kemanisan. Semuanya berjalan lancar dan perasaan bahagia yang sukar digambarkan. Ia berbeza dengan hidup saya sebelum ini. “Sebagai suami menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa menjaga isteri. Kami banyak belajar untuk lebih memperbaiki diri bersama,” jelasnya.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version