Perkongsian terbaharu di Instagram Story milik pelakon Ira Kazar jadi perhatian wargamaya selepas dia memuat naik gambar suaminya, Syamsul Yusof. Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini berkongsi foto Syamsul yang juga pengarah sensasi itu di laman sosial tersebut pada Khamis lalu. Foto berkenaan sebelum itu telah dikongsikan terlebih dahulu oleh Syamsul dalam Instagramnya pada hari sama. Ira yang juga anak kepada aktor senior, Kazar Saisi itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya hanya menggunakan lagu berjudul Nasty nyanyian asal Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.
Difahamkan, itu merupakan perkongsian pertama Ira memuat naik wajah Syamsul sejak suaminya disahkan berpisah dengan bekas isteri yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu. Imbas kembali, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau itu di menerusi sepotong video di Instagramnya. Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perpisahan sebelum sah berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.