Janna Nick, 28, membuat keputusan mengadakan majlis pernikahannya dengan Dini Schatzmann, 29, secara tertutup dan merahsiakannya daripada pihak media kerana mahu meraikan hari bersejarah dalam hidupnya itu bersama keluarga dan teman rapatnya.
Janna ketika dihubungi berkata, dia juga mahu meluangkan lebih masa dengan tetamu yang juga teman rapatnya yang hadir pada majlis berkenaan. Pada masa sama, saya juga mengutamakan keselesaan keluarga yang tidak biasa dengan dunia hiburan,” katanya kepada Harian Metro.
Majlis pernikahan pasangan selebriti itu berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi, Kedah, pagi semalam. Terdahulu, dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, tepat jam 8.35 pagi semalam.
Mereka dinikahkan bapa Janna, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah itu, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas. Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat selebriti terbabit.
Antara rakan artis yang hadir ialah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid dan Dayah Bakar. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.