Kecoh pasal nombor plat kereta, tak sangka ini pula penjelasan dari tuan badan

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Opai tampil menjelaskan susulan penggunaan nombor plat QPA1 pada sebuah kenderaan jenis McLaren yang menjadi isu sejak semalam. Menurut Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, difahamkan nombor plat ‘cantik’ itu tidak digunakan apabila memandu kereta mewah tersebut di atas jalan raya. “Biasa la orang kahwin (sejak berkahwin), pakai nombor plat fancy, cantik-cantik.. letak nama sendiri. Dah setengah tahun kahwin pun, dah viral lama dah. 

“Jadi jangan kata kononnya JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) panggil apa semua, atas jalan raya tak pakai pun nombor plat tu,” katanya dalam satu InstaStory dimuat naik malam tadi. Malah, dia yang juga jutawan pelaburan saham online memaklumkan pihak JPJ tidak menghubunginya mengenai isu berkenaan. “JPJ takde panggil pun, tak ada surat sampai.. takde call apa pun,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia seolah-olah memberi sindiran kononnya terdapat pihak yang menggunakan namanya untuk kepentingan tertentu. “Sudah-sudahlah, orang Malaysia pun dah bosan dengar cerita saya. Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab memang kita bagus,” katanya lagi. Semalam, JPJ Kuala Lumpur meminta pemilik McLaren tampil membuat laporan kerana nombor plat QPA1 itu bukan nombor sebenar selain pemilik berdaftar pula orang berbeza.

Sementara itu, Fatin ada berkongsi satu InstaStory memaparkan suaminya itu terlantar di atas katil sambil diusung oleh jururawat di sebuah pusat perubatan. Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu tidak mendedahkan masalah dihadapi Opai sebaliknya mendakwa lelaki berkenaan ‘dikerjakan’ oleh golongan pemilik kereta Honda. Namun, kenyataan Fatin dipercayai sekadar gurauan semata-mata selepas suaminya pernah menimbulkan kontroversi kerana melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.

Sumber: Omm.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version