Pelakon Kilafairy mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya yang juga penyanyi vateran, Rohana Jalil yang kini sedang terlantar di hospital akibat masalah kebocoran usus. Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story), Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, berkata dia mengharapkan ada keajaiban berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Malah, Kila berkata dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tercinta. Menerusi perkongsian sama, aktres itu turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Terdahulu, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus. Difahmkan juga, keadaan penyanyi itu dalam keadaan lemah tetapi stabil.
Kredit Oh Bulan.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan sedang dirawat dan berada di dalam keadaan yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Memetik laporan Berita Harian, berita itu disahkan rakan baik Rohana, Datin Salwa Abdul Rahman yang begitu terkejut menerima berita mengenai Rohana yang dilaporkan kritikal di ICU sejak semalam (Selasa).
Difahamkan, sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar yang dialami juara bintang RTM 1980 itu dan doktor sedang melakukan pemeriksaan serta pemantauan mengenai penyakit yang dihadapinya memandangkan Rohana tidak pernah mengalami penyakit yang serius sebelum ini.