Baru-baru ini telah tular kisah seorang bapa yang berusaha untuk memudahkan urusan anak-anaknya sampai ke hembusan nafas terakhir telah mendapat perhatian warganet. Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa screenshot mesej diantara pemilik akaun TikTok berkenaan bersama ayahnya yang telah membuat persiapan awal. Difahamkan, si bapa telah menyelesaikan bayaran khairat kematian untuk dirinya serta berkongsi kunci pin akaun bank miliknya kepada salah seorang anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 14 Jun lalu.
Menurut anaknya, Esya, bapanya menghidap penyakit jantung dan paru-paru berair sering bercakap soal pemergian, seakan-akan dia tahu sudah masanya tidak lagi panjang di dunia ini. “Dia pernah mesej cakap dia dah nak pergi pada tahun 2020. Dia memang selalu cakap yang dia rasa tak lama dah. Tapi kita anak-anak tak layan, sebab tak nak pun benda tu berlaku. Apa-apa urusan, ayah selalu dengan saya. Sebab hanya saya dan adik menetap dengannya, apa-apa info dia akan bagi pada saya, termasuklah dia bagi password bank dan nombor telefon majikan sebelum dia pergi menghadap illahi,” katanya.
Esya memberitahu, dia melihat usaha arwah bapanya itu sebagai satu tindakan yang wajar bagi memudahkan urusan keluarga sekiranya berlaku pemergian. Selain itu, Esya berkata anak-anak juga perlu cakna dengan maklumat-maklumat penting untuk mengelakkan sebarang kesulitan apabila ibu bapa mereka meninggal suatu hari nanti. “Kalau mak ayah tak maklumkan pada kita maklumat penting tu semua, kita sebagai anak pun boleh ambil langkah untuk tanya dulu agar bersedia, mudahkan urusan keluarga,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan si bapa yang cuba sedaya upaya untuk memudahkan urusan keluarganya meskipun dia sudah tiada di dunia ini. Sedihnyaaa! Macam mana pun betul pesanan yang disampaikan tu…
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.