Pelawak, Mamat Sepah memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya iaitu Shuib kerana komitmen kerja terhadap program Mega Spontan 2023. Bagaimanapun kata Mamat, dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahannnya untuk mengucapkan tahniah. “Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu. “Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat video call dengan dia sekejap, walaupun line tak berapa cantik saya hubungi dia. Klik sini untuk lihat video.
“Saya kata good luck brother. Selamat pengantin baru maaf saya tak dapat datang,” katanya. Dalam masa yang sama, Mamat juga sempat mengimbas kembali memori perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin yang dihadirinya. “Saya masih ingat, 10 jambang bunga ros saya beri pada arwah ketika itu. Masa saya datang, arwah menangis. “Kemudian masa saya kahwin dulu, Shuib pernah beri saya duit, terima kasih Shuib, beribu dia kasi. Terima kasih. “Saya tak dapat nak hadir. Selamat pengantin baru buat Shuib, saya doakan berkekalan hingga ke syurga,” ujar Mamat.
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam. Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.